|
Ibu Senator Mumtaz meninggal dunia |
|
Written by Salmah Mat Husain
|
|
Tuesday, 30 June 2009 |
|
TUMPAT, 30 Jun (Hrkh) - Ibu kepada Senator Mumtaz Md Nawi, Siti Talhah Ismail, 55 meninggal dunia kira-kira jam 12.45 tengahari semalam selepas menderita penyakit barah sejak 11 tahun lalu.
Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kampung Ana, dekat sini. Jenazahnya dikebumikan ketika azan Asar berkumandang di tanah perkuburan Islam di Kampung Jal Besar.
Allahyarhamah meninggalkan suami, Md Nawi Said, 65, empat anak serta 11 cucu.
Mumtaz yang juga Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat ketika ditemui berkata, beliau redha di atas kematian ibunya kerana Allah menjemput mengadap-Nya dalam keadaan tenang.
"Walaupun umi lumpuh sejak Sabtu lalu, namun Allahyarham seorang ibu dan isteri yang cekal itu sehingga saat-saat akhir hidupnya," kata beliau ketika ditemui di rumahnya.
|
|
Read more...
|