PAS ucap takziah buat keluarga adik Nur Amyliana
Ditulis oleh Harakahdaily   
FRIDAY, 10 Mei 2013 15:36
KUALA LUMPUR: Belum pun reda demam PRU13, hari ini negara dikejutkan dengan penemuan mayat adik Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11, yang menjadi mangsa bunuh dan rogol.


Melihat kejadian yang menyayat hati ini, Dewam Muslimat PAS Pusat mendesak kerajaan khususnya pihak berkuasa agar memperketatkan operasi keselamatan terutamannya melibatkan kanak-kanak.

Baca lagi...
 
2 kereta dibakar di Klang, henti politik ganas
Ditulis oleh Webmaster PAS Pusat   
FRIDAY, 26 APRIL 2013 08:42

KLANG: Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xevier Jayakumar.


Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.

Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya.

Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.

Sokongan India

 

 

 

 

(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)

 

Sementara itu, Dr Mariah terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat masyarakat khasnya di kalangan masyarakat India.

 

Beliau terus menerima sokongan tidak berbelah bahagi sebagaimana yang beliau dapat dalam pilihan raya 2008 lalu.

 

Dalam PRU 2008, Dr Mariah mendapat majoriti undi paling besar di kalangan calon PAS.

 

Beliau mengalahkan S. Vigneswaran calon BN dari MIC dengan majoriti 20,751 undi.

 
Tanpa disedari, Umno ketepikan wanita
Ditulis oleh Te@M IT   
WEDNESDAY, 24 APRIL 2013 15:56
KUALA LUMPUR: PRU13 merupakan pilihan raya amat malang bagi kaum wanita dalam Umno, apabila pimpinan sayap Umno ini di-ketepikan Dato' Seri Najib Tun Razak, sehingga ramai pemimpin utama pergerakan itu tidak ditawarkan bertanding sebarang kerusi Dun atau Parlimen. 
 
Ini jauh berbeza dengan PAS dan Pakatan Rakyat yang banyak memberikan peluang kepada kaum wanita untuk bertanding, bagi membolehkan mereka memainkan peranan penting termasuk di peringkat menggubal dasar di Dun dan Parlimen. 
Baca lagi...
 
Dr Mariah yakin pertahan parlimen Kota Raja
Ditulis oleh Webmaster PAS Pusat   
WEDNESDAY, 24 APRIL 2013 08:50
KUALA LUMPUR: Calon PAS yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yakin pengundi di kawasan tersebut akan bersamanya pada PIlihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Biarpun kali ini berlaku persaingan empat penjuru, namun beliau yakin PAS mempunyai kelebihan memandangkan khidmat lima tahun beliau sebagai wakil rakyat
Baca lagi...
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>

Halaman 1 dari 24

PAS Mail

E-mail PAS