Info
Muat Turun Terkini
Blog Pimpinan
Pilihanraya
Muktamar Tahunan
Tetamu
Kami ada 39 tetamu atas talian| SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA |
|
|
|
| Ditulis oleh Ketua Penerangan | |
| WEDNESDAY, 09 JANUARY 2013 11:27 | |
|
SIARAN MEDIA KETUA PENERANGAN DEWAN MUSLIMAT PAS MALAYSIA Kes Keganasan Rumah Tangga Akan Berjaya Ditangani Secara Berkesan Andainya Rakyat Khususnya Wanita Menerima Tawaran PAS - Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia Dengan Cara Memastikan Kemenangan PAS/ PR Dalam PRU13 1. Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) sangat memandang serius akan beberapa kejadian penderaan yang dilakukan oleh seorang suami ke atas isterinya, termasuklah yang terbaru ini iaitu kes penderaan fizikal ke atas seorang ibu muda berusia 27 tahun, Anira Aziz yang juga baru lepas melahirkan anak keduanya yang kini berusia 40 hari. Pengakuan beliau bahawa dirinya sering dijadikan “punching bag” oleh suaminya, di samping bukti fizikal kesan lebam-lebam seluruh muka dan badan sewajarnya dapat dijadikan bukti jelas bahawa di sana sudahpun berlaku kes jenayah rumahtangga. Perbuatan “mengganasi” seorang isteri oleh suami walau apa jua alasan dan cara jelas dikutuk oleh Islam melalui penegasan baginda Nabi SAW sendiri. 2. Berdasarkan rekod daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM), Kes keganasan rumah tangga di Malaysia sebenarnya terus meningkat daripada semasa ke semasa walaupun wujud perundangan serta pelaksanaan pelbagai program kesedaran bagi membendung gejala itu. Statistik ini tidak termasuk kes yang mungkin tidak dilaporkan, dan kita yakin dan percaya jumlahnya tentu lebih banyak. 3. Walaupun Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 telah diwujudkan, tetapi kes keganasan rumah tangga ternyata tidak turun. Apakah kemungkinan berlaku atau wujudnya kelemahan dalam peruntukan undang-undang tersebut? Apakah program-program kesedaran kerajaan sebelum ini hanya ibarat “melepas batuk di tangga”? Justeru, DMPP berhasrat melihat isu ini secara lebih dekat dan akan meminta MusLeT (Muslimat Leagal Team) untuk membuat kajian dalam semua sudut termasuk peruntukan dan pelaksanaannya. DMPP akan bersedia dengan cadangan penambahbaikan baik daripada sudut peruntukan undang-undang, penguatkuasaan dan juga program-program kesedaran serta pendidikan. Ini bagi menjaga kebajikan para wanita Malaysia dan in shaa Allah akan menjadi salah satu daripada tawaran kita kepada mereka bila kita mengambil alih pentadbiran Putrajaya. 4. DMPP yakin dan percaya misi ini memerlukan kesungguhan politik para pemimpin negara khususnya pemimpin-pemimpin politik dari kalangan wanita agar kebajikan kaum Hawa itu dapat terus diperjuangkan sebaik dan sejujurnya. 5. Untuk kes seperti Anira Aziz tadi, masyarakat dan pihak berkuasa sewajarnya boleh memainkan peranan pro aktif sekalipun seorang isteri itu tidak membuat laporan rasmi misalnya.Masyarakat yang prihatin termasuklah kerajaan sepatutnya mempunyai sebab yang kukuh untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas seorang suami yang melakukan tindakan tersebut sekalipun seandainya seorang isteri itu cuba untuk mengelak daripada mengambil tindakan undang-undang ke atas suaminya yang ganas atas faktor sayang, malu, takut atau seumpamanya. Sesiapa yang menyembunyikan atau melindungi kes seperti ini juga sewajarnya boleh disabitkan sebagai terlibat melindungi perlakuan jenayah seseorang individu. Komunitas Wanita juga mesti difahamkan bahawa sikap mereka yang sebegitu lah yang akan menjadi punca dan pemangkin kepada penyakit sosial seperti ini (keganasan rumah tangga) berterusan meningkat. 6. Justeru, bagi menangani sikap seperti ini, pendidikan berkaitan hak yang benar dan dijamin Islam ke atas para wanita mesti dipertingkat dan diperluaskan. Bukan untuk menunjukkan kekuatan atau kehebatan kita (wanita) tetapi bagi menjaga kepentingan dan keharmonian sesebuah institusi rumah tangga itu sendiri yang sangat dilindungi Islam. Pendidikan berkaitan hak dan tanggunjawab ini juga bukan sahaja kepada kaum Wanita yang menjadi isteri tetapi terlebih utama diterapkan kepada kaum Lelaki yang juga seorang suami yang sepatutnya menjadi pemimpin dalam sesebuah rumah tangga. 7. DMPP menyedari bahawa ramai wanita atas dasar 'taat kepada perintah suami' telah membenarkan situasi seperti yang dialami oleh Puan Anira Aziz tadi berlaku pada diri mereka. Ketaatan tanpa ilmu yang benar juga sebenarnya merosakkan. Apatah lagi bila keganasan rumah tangga yang berlaku bukan sahaja memberi impak kepada isteri atau suami, tetapi juga kepada anak-anak. 8. Justeru, DMPP yakin dan percaya melalui Tawaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia (PAS) dan Agenda Wanita Malaysia (PR) yang meletakkan falsafah martabat dan hormat wanita merentas setiap dasar dan program Negara di bawah Pentabiran Kerajaan Baharu Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti akan upaya membantu kita menangani isu keganasan rumahtangga ini secara lebih jujur, tulus, holistik dan bertanggungjawab in shaa Allah. AIMAN ATHIRAH AL JUNDI Ketua Penerangan Muslimat PAS Malaysia 8 Januari 2012
|
|
| LAST_UPDATED2 |




