|
KEMENANGAN CALON MUSLIMAT KETIGA DI PARLIMEN KOTA RAJA |
|
|
|
|
Ditulis oleh aisyah
|
|
SUNDAY, 09 MARCH 2008 17:12 |
|
Jutaan Tahniah daripada JITM kepada Dr. Siti Mariah Mahmud kerana berjaya memenagi kerusi parlimen Kota Raja. Tahniah sekali lagi.
|
|
|
(DERITA) RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN (KRONI) DIUTAMAKAN ! |
|
|
|
|
Ditulis oleh Ketua Penerangan DMPP
|
|
MONDAY, 28 DECEMBER 2009 12:53 |
|
Sesekali menulis, kemudian berehat, bukan berehat apa, tetapi melihatkan terlalu banyak peristiwa yang berlaku di dalam Negara Malaysia yang kucintai ini, menjadikan terkedu dan terkesima dibuatnya.
Berbagai desakan dan gesaan yang mengkehendaki kerajaan bersifat lebih telus dan berintegriti memerintah negara, tetapi kerajaan UMNO-BN terus dengan sifat dan corak yang sama sahaja. Senyap dan tuli sahaja, seolah-olah segala kebejatan yang berlaku adalah perkara biasa, yang rakyat harus terima bulat-bulat. Apa nak jadi dengan kerajaan ini ??!! Apakah kerajaan sekarang ini ada kerja (agenda) lain yang telah menyebukkan mereka? Tidak sempat itu dan tidak sempat ini? Apa tugas mereka sebenarnya? Segala perkara dalam Negara ini tak selesai. Hendakkan rakyat-miskin sifar, tapi GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) akan diperkenalkan. Hendakkan rakyat bekerja keras, yang memiliki gerai-gerai makan kecil disita. Terlalu banyak perkara yang kerajaan dahulukan untuk rakyat. Biarlah rakyat ini didahulukan. Didahulukan dalam menangani segala kepayahan dan kerumitan, biarlah rakyat yang hidup di bawah tahap kemiskinan merasa betapa peritnya hidup, nak saji makan malam sekeluarga pun berkira-kira nak makan apa. Biar rakyat rasa makanan yang enak bukan untuk mereka, tetapi untuk kaum-kerabat kerajaan yang memerintah. |
|
LAST_UPDATED2 |
|
Baca lagi...
|
|
SANDIWARA DATO’ SERI NAJIB MENGENAI ANCAMAN JI TIDAK MEYAKINKAN |
|
|
|
|
Ditulis oleh Nuridah Mohd Salleh
|
|
WEDNESDAY, 23 JUNE 2010 15:31 |
|
SANDIWARA DATO’ SERI NAJIB MENGENAI ANCAMAN JI TIDAK MEYAKINKAN Minggu ini kita dihidangkan dengan satu sandiwara politik mengenai ancaman keganasan terhadap apa yang dilabel sebagai “Jemaah Islamiah” – JI oleh Dato’ Seri Najib dan sepupunya Dato’ Seri Hishamuddin sebagai pelakon utamanya dengan Tan Sri Musa Hassan bertindak sebagai pelakon pembantu.
Tan Sri Musa Hassan mendakwa bahawa kononnya pengganas merancang untuk memusnahkan kuil Batu Caves di Kuala Lumpur dan kuil Kuan Yin di Air Itam, Pulau Pinang tanpa membentang bukti-bukti sahih. |
|
LAST_UPDATED2 |
|
Baca lagi...
|
|
|
Isu Pemansuhan UPSR & PMR : Jangan seperti tikus membaiki labu |
|
Ditulis oleh Lajnah Penerangan DMPP
|
|
THURSDAY, 08 JULY 2010 09:15 |
|
KENYATAAN LAJNAH PENDIDIKAN DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
"ISU PEMANSUHAN UPSR & PMR : JANGAN SEPERTI TIKUS MEMBAIKI LABU" Cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya peperiksaan UPSR dan PMR dimansuhkan perlu diteliti dan dikaji dengan penuh berhati-hati agar masa depan generasi pewaris masa depan negara tidak diperjudikan sekali lagi sebagaimana gagalnya pelaksanaan PPSMI yang kini lebih dilihat membazirkan duit rakyat serta meminggirkan pelajar luar bandar. Ungkapan peribahasa Melayu 'seperti tikus membaiki labu' haruslah dijadikan panduan agar kerosakan sistem pendidikan yang berlaku pada hari ini tidak semakin bercelaru hanya kerana tindakan yang terburu-buru tanpa kajian yang teliti dan diperhalusi secara mendalam. |
|
Baca lagi...
|
|
CALON MUSLIMAT DI PARLIMEN TITIWANGSA BEROLEH KEMENANGAN |
|
|
|
|
Ditulis oleh aisyah
|
|
SUNDAY, 09 MARCH 2008 05:43 |
|
Tahniah! Ini merupakan kejayaan yang kedua bagi calon muslimat selepas kemenangan Hajjah Wan Ubaidah Omar di DUN KIJANG. Dr. Lo’ Lo’ Hj. Dato’ Ghazali telah menerpa kejayaan apabila berjaya memenangi kerusi parlimen Titiwangsa dalam pilihanraya ke-12 ini.
|
|
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
|
Halaman 1 dari 40 |